Politik

SISTEM POLITIK BANI ABBASIYAH DI BAGHDAD

Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah adalah khilafah Islam yang paling lama memerintah dan berperanan dalam mewujudkan tamadun Islam yang gemilang. Dalam sejarah Barat, tempoh pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah dikenali sebagai The Golden Age. Terdapat tiga zaman perkembangan Bani ‘Abbasiyyah iaitu Zaman Perkembangan yang disusuli oleh Zaman Perpecahan dan diakhiri oleh Zaman Kejatuhan.

Image result for abbasid caliphate golden age
Lakaran menunjukkan zaman keemasan Bani 'Abbasiyyah

  Di Baghdad, Bani ‘Abbasiyyah merupakan kekhalifahan Islam kedua yang berkuasa. Bani ‘Abbasiyyah memegang kekhaifahan selama tiga abad dan mengembangkan kuasa Islam di Timur Tengah. Hal ini kerana Bani ‘Abbasiyyah mengamalkan sistem politik yang mantap dan teguh kerana sistem ini tidak ada pada era Bani Ummayyah.
Image result for abbasid caliphate map
Peta menunjukkan kawasan jajahan Bani 'Abbasiyyah

  Bani ‘Abbasiyyah mengamalkan konsep kekhalifahan yang seterusnya berkembang menjadi sistem politik mereka yang menguatkan lagi pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah selama tiga abad. Kekhalifahan bermaksud pemerintahan dan konsep ini sesuai diterapkan searus dengan perubahan politik, budaya dan garis masa.
  Antara sistem politik Bani ‘Abbasiyyah yang digunakan adalah kota Baghdad dijadikan sebagai ibu kota kerana sebelum ini ibu kota Bani ‘Abbasiyyah berada di Damaskus. Ibu kota juga berperanan sebagai pusat kegiatan politik, ekonomi dan juga budaya.


Image result for kota baghdad masa zaman abbasiyyah
 para ilmuan yang berada di ibu kota kerana ibu kota beroperasi sebagai pusat ilmu


Selain itu, para khalifah masih kekal dari Arab dan manakala para menteri gabenor, panglima perang dan pegawai pegawai dipilih dari keturunan Parsi dan Mawali. Ini kerana Bani 'Abbasiyyah amat mengambil berat mengenai suku kaum dan juga mengamalkan sistem Monarki. Sistem Monarki merupakan sistem pererintahan di mana takhta ataupun status diturunkan kepada darah daging dan saudara mara sahaja.


Salasilah khalifah abbasiyyah yang berketurunan Arab sahaja


 Seterusnya, ilmu pengetahuan diambil berat kerana ini merupakan salah satu faktor Bani ‘Abbasiyyah berupaya mengembangkan pemerintahan sehingga ke pelusuk dunia. Akhir sekali, sistem politik yang digunakan oleh dinasti Bani ‘Abbasiyyah adalah para menteri yang berketurunan Parsi diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas untuk memerintah dan sekali lagi ini hasil daripada sistem Monarki.


No comments:

Post a Comment