Ekonomi

Perkembangan ekonomi pada zaman Kerajaan Abbasiyah dapat dilihat melalui pencapaian pemerintah pada zaman Harun al-Rasyid dan Jaafar al-Mansur.

1. Zaman Khalifah Harun al-Rasyid
  • Harun al-Rasyid amat menekankan aspek-aspek sosial yang membantu kesejahteraan rakyat
  • Meminta Abu Yusuf untuk menulis sebuah buku meliputi keseluruhan pentadbiran kharaj dengan jelas yang merangkumi nilai amanah, ikhlas, bijaksana dan juga mementingkan kesamarataan di dalam masyarakat
  • kemajuan pesat di Baghdad- usaha menjadikan lembah sungai Tigris sebagai pusat pelabuhan sehingga berbatu-batu panjangnya untuk kapal berlabuh termasuklah beratus-ratus kapal perang dan kapal pedagang antarabangsa
  • Penemuan matawang Arab di beberapa tempat contohnya Russia, Finland, Sweden dan Jerman bukti kemajuan perdagangan saudagar Arab Islam sehingga ke pasaran dunia
2. Zaman Khalifah Jaafar al-Mansur
  • Tindakan Jaafar al-Mansur memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad telah menggiatkan lagi aktiviti ekonomi
  • Hal ini demikian kerana Baghdad memiliki beberapa keistimewaan iaitu: 
     -Kedudukannya yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat
     -Terdapat sebuah pasar Suq Baghdad yang menjadi tumpuan para pedagang        terutamanya dari Parsi
     -Terdapat ladang-ladang pertanian dan peternakan serta sebuah pasar yang        dikenali sebagai Suq al-Baqar
  • Melantik seorang pegawai kewangan yang bertanggungjawab dalam urusan kewangan dan sistem ekonomi kewangan negara
  • Pembinaan semula kota Baghdad- menambah bangunan-bangunan termasuk pusat-pusat pentadbiran, rumah pegawai, masjid, bangunan pejabat dan istana untuk menarik pedagang luar

SEKTOR EKONOMI UTAMA KERAJAAN ABBASIYAH
A. SEKTOR PERTANIAN

1. Usaha-usaha kerajaan Abbasiyah untuk memajukan sektor pertanian adalah seperti berikut:

  • Membina saliran air ke kawasan-kawasan pertanian
  • Melebarkan sungai-sungai dan tali air
  • Membina empangan untuk memudahkan pengaliran air
  • Membuka kawasan-kawasan pertanian baru
  • Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian untuk meningkatkan mutu pengeluaran

2. Kawasan utama pertanian pada masa itu termasuklah

    Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus.

3, Jenis-jenis hasil pertanian adalah:

  • Bijiran seperti gandum, barli dan beras
  • Buah-buahan seperti anggur, kurma, epal, pisang, tembikai, buah tin dan buah zaitun
  • Sayur-sayuran seperti kobis, timun, kacang tanah, ubi, manisan dan tebu
  • Ternakan seperti lembu, kambing, ayam, itik dan sebagainya


B. SEKTOR PERINDUSTRIAN


1. Kerajaan Abbasiyah terkenal sebagai sebuah negara yang maju       dalam industri pembuatan. Jenis-jenis industri dan pengeluar           pada masa itu ditunjukkan seperti dalam jadual dibawah:


C. SEKTOR PERDAGANGAN

1. Kepesatan bidang pembuatan dan pertanian telah mendorong
    kepada kemajuan dalam bidang perdagangan hingga ke peringkat
    antarabangsa.

2. Faktor-faktor kepada kemajuan bidang perdagangan ialah:
  • Pembukaan wilayah-wilayah baru memberi banyak ruang pasaran perniagaan
  • Perkembangan industri perkapalan
  • Sarjana-sarjana Muslim menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam perniagaan serta galakan terhadapnya
  • Kemahiran dan kehebatan orang Arab dalam perniagaan sejak zaman Jahiliyah lagi

3. Langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan Abbasiyah dalam memajukan sektor perdagangan adalah:

  • Membina pusat perniagaan yang dilengkapi perigi di jalan-jalan utama
  • Membina rumah-rumah api sebagai panduan kepada kapal-kapal perdagangan
  • Mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan darat dan laut

4. Pelabuhan serta bandar-bandar utama yang menjadi tumpuan   

    ahli perniagaan pada ketika itu adalah Baghdad, Basrah, 
    Amman, Kaherah, Iskandariah dan Antakiah.

5. Orang-orang Islam telah meluaskan empayar perniagaan sehingga ke Andalus, Eropah Barat, Afrika Selatan dan Madagascar. Disinilah berlakunya pertukaran barang daripada negara Islam ke negara-negara Islam lain di seluruh dunia.

PERANAN BAITULMAL

1. Baitulmal adalah institusi negara yang terbesar dan mempunyai 
    peranan yang besar yang diketuai oleh Sahib Baitulmal 
   (pengurus pembendaharaan negara).

2. Berfungsi mengurus pendapatan dan perbelanjaan negara yang 
    dilakukan oleh Dewan al-Kharaj (jabatan hasil) dan Dewan an-
    Nafaqah (jabatan kewangan).

3. Akaun Baitulmal dikawal oleh Dewan al-Usul (jabatan dalam 
    negari) dan Dewan al-Azimmah (jabatan audit).

4. Peranan Baitulmal dalam mengurus kewangan negara adalah 
    seperti berikut:
  • Mengurus dan menjana pendapatan negara melalui Dewan al-Kharaj (jabatan hasil) yang mengurus kutipan cukai seperti Jizyah, Kharaj, Usyur dan Zakat.
  • Mengawal belanjawan negara melalui Dewan an-Nafaqah (jabatan kewangan) yang mengurus pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan dan kakitangan kerajaan.

No comments:

Post a Comment