Ilmu


Dalam kerajaan Bani Abbasiyah, kota Baghdad dijadikan sebagai pusat intelektual atau pusat penyebaran ilmu semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun. Perkembangan pendidikan di zaman ini lebih pesat berbanding di zaman Bani Umaiyah kerana terdapat pemberontakan dari puak syiah yang perlu ditangani. Kerajaan Bani Abbasiyah sangat memberi perhatian kepada pendidikan dan ekonomi.

Faktor Utama Perkembangan Ilmu Pada Zaman Bani Abbasiyah

  • Kreativiti para ulamak mereka
  • Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu
  • Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Bani Abbasiyah
  • Dasar kerajaan yang mementingkan ilmu pengetahuan
  • Hubungan baik dengan negara luar
  • Kedudukan baghdad yang menjadi pusat ilmu dan perdagangan antarabangsa

Peranan Bani Abbasiyah Dalam Kemajuan Pendidikan

1. Ilmu Agama
  • Meliputi bidang tauhid, tafsir, hadith, dan fiqh. 
  • Perkembangan ilmu pada zaman ini telah mencapai kemantapan dan kematangannya.
  • Terbukti dengan kelahiran pelbagai mazhab dan karya penulisan yang disusun secara sistematik.
  • Kemunculan Imam Abu Hanifah telah menyemarakkan lagi perkembangan ilmu pada zaman ini dan beliau menghasilkan Kitab Fiqh al-Akbar yang dianggap pelopor aliran pemikiran.
2. Ilmu Falak (Astronomi)
  • Penemuan pada zaman ini adalah :
              a. mengukur jarak antara bumi dengan matahari
              b. Gerakan cakerawala dan benda-benda di langit
              c. Berjaya menentukan luas atau ukuran bumi
              d. Menemui kedudukan garis lintang
              e. Mengemukakan teori pergantian siang dan malam
  • Lahir tokoh astronomi seperti al-Battani, al-Kindi, Al-Jaiz, Banu Musa, Al-Biruni, Al-Razi dan Abdurrahman bin Nasir.
  • Mereka menguasai ilmu astronomi yang telah dimulakan oleh orang-orang Arab.
  • Ilmu falak ini menjadi ilmu yang sangat diminati pada zaman kebangkitan Islam.
  • Ilmuwan Islam juga telah mengumpul pelbagai ilmu astronomi dari pelbagai negara.
3. Perubatan
  • Pada zaman ini, orang Islam buat pertama kalinya membina hospital dan klinik serta sekolah-sekolah perubatan yang lengkap dengan pusat penyelidikan serta perpustakaannya.
  • Mereka bergiat aktif mengembangkan teori penggunaan ubat-ubatan moden dan telah mengembangkan bidang farmasi.
  • Pencapaian ilmu perubatan:
             a. Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit
             b. Menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB.
             c. Menemui pelbagai jenis penyakit seperti rubella dan sakit jiwa.
             d. Mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik.

4. Ilmu Nautika
  • Kajian terhadap ilmu pelayaran telah diteruskan dari zaman Umaiyyah ke zaman Abbasiyah.
  • Wujud industri membina kapal di Mesir dan Syria.
  • Bani Abbasiyah mengembangkan usaha kajian terhadap maritim dan kelautan.
5. Ilmu Matematik
  •      Muncul beberapa formula baru matematik seperti algebra, statistik dan logaritma hasil penemuan oleh orang Islam.
  •       Telah mewujudkan ilmu ukur, bidang, lingkaran dan sistem hitungan yang terdapat dalam matematik.
  •      Diperkenalkan juga bilangan 0 dalam sistem angka.

6. Ilmu Pertanian
  • Orang Arab memberi perhatian besar terhadap aktiviti pertanian.
  • Alat-alat ukur yang bermanfaat dalam pertanian telah diperkenalkan.
  • Mereka juga menjalankan aktiviti penternakan.     
    Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah

    1. Bailtulhikmah telah dibina sebagai sebuah institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al-Rasyid.

    2. Karya asing seperti falsafah dan sains terutamanya diterjemah daripada bahasa yunani ke dalam
        bahasa Arab.

    3. Kegiatan penulisan terbahagi kepada 3 tahap :
    • Pertama : mencatat segala idea atau percakapan
    • Kedua : mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam sebuah buku
    • Ketiga : mengarang ke dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain.   

    4. Melibatkan golongan ulama dalam penulisan seperti menyusun hadis dan menghasilkan tulisan
        dalam bidang fikah, tafsir dan sejarah.

    5. Melahirkan Iman yang terkenal seperti Imam Malik, Ibn Ishaq, dan Abu Hanifah.

    6. Membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.

    7. Membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah ke dalam bahasa Arab , memuatkan
        keterangan dan memberi ulasan dengan jelas.

    8. Memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan ketika
        Eropah dilanda Zaman Gelap.

    9. Penubuhan institusi pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan penyelidikan membolehkan
        hasil kajian sarjana Islam sampai ke Eropah.


    Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam Penterjemahan

    1. Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahasa yunani dan suriani.

    2. Orang Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambah baik
        karya tersebut ke bahasa Arab.

    3. Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap kerana Eropah kurang
        menghargai ilmu.

    4. Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemah pula ke bahasa asing iaitu Eropah yang
        membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.


    Peranan Baitulhikmah sebagai Institusi Keilmuan yang Penting

    • Sebuah institusi keilmuan
    • penterjemahan karya falsafah
    • Penterjemahan karya sains
    • Penterjemahan yang lebih sistematik
    • Penterjemah bekerja secara berkumpulan
    • Diawasi oleh seorang penyelaras

    No comments:

    Post a Comment