Iktibar




Iktibar daripada  kesan Zaman Abassiyah kepada umat manusia sehingga sekarang;


Kerajaan Abassiyah merupakan sebuah kerajaan yang boleh dikenali sebagai sebuah zaman yang paling cemerlang dalam sejarah Islam. Diberi nama Khalifah Bani Abbasiyah adalah kerana para pemimpin dan penguasanya adalah keturunan al-Abbas bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. Keturunan ini bermula dari Abdullah al-Saffah ibn Muhammad ibn Ali b Abdullah ibn Abbas. Kerajaan ini berkembang maju oleh kerana kejayaan dan kegemilangan oleh kerajaan sebelumnya, kerajaan Bani Umaiyah. Pada mulanya, ibu kota adalah al-Hasyimiyah di kufah, Namun untuk lebih memantapkan dan menjaga stabiliti dan kemakmuran negara, al-Mansur memindahkan ibu kota negara ke Baghdad.


Kejatuhan kerajaan Abassiyah pula merupakan sejarah hitam bagi umat Islam. Sejarah kejatuhan ini perlu menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam agar sekarang tidak diulangi lagi. Selain itu, umat Islam perlu mengelakkan faktor-faktor kejatuhan umat terdahulu seperti perebutan jawatan pemimpin, amalan assabiyah, dan pelbagai aliran fahaman agama. Kelemahan-kelemahan ini telah mendedahkan negara kepada ancaman musuh. Oleh itu, umat Islam perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejatuhan kerajaan ini. Sumbangannya juga haruslah diamati oleh umat manusia agar ia menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment