Budaya



Pada zaman Abbasiyyah berkembang subur seni bdaya. Ia merangkumi seni suara melalui penyair-penyair seperti Abu Nawas, Abu Atahiyah, Abu Tamam dan Da'bal Al-Khuza. Seni drama pula wujud sebagai kegemaran tokoh seperti Abu Ala Al-Mu'ary. Dalam seni muzik, tokoh yang terkenal pada zaman ini sebagai penggubah muzik pertama dalam Islam ialah Yunus Bin Sulaiman Al-Khatib. Bidang kesenian lain yang lahir pada zaman ini termasuk seni pahat, ukiran, sulaman, lukisan, hiasan bangunan dan lain-lain.


Umat Islam di zaman Abbasiyyah terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan kehidupan budaya. Sehubungan ddengan itu, apabila masyarakat telah memahami agama Islam, mereka akan mengamalkan budaya serta nilai-nilai Islam yang bersifat sejagat. Masyarakat zaman Abbasiyyah juga mengamalkan budaya-budaya luar yang tidak bertentangan dengan agama Islam. Budaya-budaya luar ini banyak mempengaruhi umat Islam seperti seni bina masjid serta bangunan.


No comments:

Post a Comment