Tentera Mongol.
-Serangan Mongol (1206-1258)
Pada tahun 1206, Genghis Khan telah mencipta sebuah dinasti yang kuat dalam kalangan puak Mongol di Asia Tengah. Pada abad ke-13, Empayar Mongol menakluk banyak kawasan China di timur dan kawasan Khalifah Islam di barat. Baghdad telah dimusnahkan oleh Hulagu Khan pada 1258, menandakan berakhirnya Zaman Keemasan Islam. Puak Mongol takut jika darah al-Mu'tasim tumpah, keturunan pakcik Nabi Muhammad al-Abbas ibn Abd Muttalib dan juga khalifah terakhir Baghdad, maka akan berlaku bencana. Shi'ah di Parsi mengatakan bahawa perkara sedemikian tidak pernah berlaku selepas kematian Husain ibn Ali. Walaubagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga mengikut pantang-larang Mongol, Hulagu menggulungkan al-Musta'sim dalam permaidani dan dipijak oleh kuda sehingga mati pada 20 Februari 1258. Keluarganya juga dihukum bunuh, kecuali anaknya yang paling bongsu yang dihantar ke Mongolia dan seorang anak permpuannya yang dijadikan hamba Hulagu. Mengikut ahli sejarawan Mongolia, anak lelaki itu telah berkahwin dan mepunyai zuriat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment