Damsyik di bawah Khalifah Umayyah.
Khalifah-khalifah Abbasiyah berasal daripada bangsa Arab keturunan Abbas ibn Abd al-Muttalib, salah seorang pakcik Rasulullah yang termuda dalam Bani Hashim. Abbasiyah menuntut sebagai pengganti Nabi Muhammad yang sebenar dalam menggantikan Umayyah, berketurunan daripada Bani Umayyah, menrurut jalinan darah mereka yang lebih hampir.
Abbasiyah juga membezakan diri mereka daripada Umayyah dengan menyerang akhlak dan pentadbiran mereka secara umumnya.
"Pemberontakan Abbasiyah disokong sebahagian besarnya oleh orang Arab, terutamanya peneroka Marw yang teraniaya dan juga puak Yaman bersama Mawali"
-Ira Lapidus, Profesor Emeritus Sejarah Timur Tengah dan Sejarah Islam, University California, Berkeley.
Abbasiyah juga merayu kepada golongan bukan Arab, dikenali sebagai Mawali, yang kekal di luar masyarakat orang Arab yang berasaskan persaudaraan dan dilihat sebagai golongan kelas bawahan dalam empayar Umayyah. Muhammad Ibn Ali, cicit kepada Abbas, memulakan kempen untuk mengembalikan kuasa kepada keluarga Nabi Muhammad, golongan Hashim, di Parsi semasa pemerintahan Umar II.
Semasa pemerintahan Marwan II, penentangan ini memuncak dengan pemberontakan Imam Ibrahim, keturunan keempat daripada Abbas. Disokong oleh wilayah Khorasan, walaupun governornya membantah, dan juga golongan Syiah Arab, beliau telah mencapai kejayaan yang besar namun diatangkap pada tahun 747 dan meninggal dunia dalam penjara.
Pada 9 June 747 (15 Ramadhan 129 AH), Abu Muslim telah berjaya memulakan pemberontakan terbuka menentang pemerintahan Umayyah, dijalankan di bawah kibaran Panji Hitam (Black Standard). Hampir seramai 10 000 orang tentera diketuai Abu Muslim apabila pertempuran bermula secara rasminya di Merv. Jeneral Qahtaba mengekori Governor Nasr ibn Sayyar yang melarikan diri ke barat dan mengalahkan tentera Umayyah semasa Peperangan Nishapur, Peperangan Gorgan, Peperangan Nahavand dan akhirnya dalam Peperangan Karbala Kedua.
Panji Hitam pemberontakan Abu Muslim
Peperangan diteruskan oleh abang Ibrahim, Abdallah, dikenali dengan nama Abu al-Abbas as-Saffah, yang mengalahkan Umayyah pada tahun 750 semasa Peperangan Zab berhampiran Sungai Zab lalu dilantik sebagai khalifah. Selepas kekalahan ini, Marwan melarikan diri ke Mesir, di mana beliau dibunuh. Ahli keluarganya yang lain, kecuali seorang lelaki, juga dibunuh.
Selepas sahaja kemenangan ini, as-Saffah menghantar tenteranya ke Asia Tengah, di mana mereka berperang melawan perluasan kuasa Dinasti Tang semasa Peperangan Talas. Barmakids (keluarga berasal daripada Khorasan), yang memainkan peranan penting dalam pembinaan kota Baghdad, memperkenalkan kilang kertas pertama di dunia di Baghdad, memulakan era baru kelahiran semula intelek dalam masyarakat Abbasiyah. as-Saffah memberi fokus kepada menjatuhkan pemberontakan-pemberontakan di Syria dan Mesopotamia. Empayar Rom Timur telah melakukan serangan-serangan kecil semasa peringkat ini.
No comments:
Post a Comment